05 September 2021
Sebelum kita mula, penting untuk aku buat penafian dulu. Nasihat ini adalah untuk aku yang dulu, aku yang berumur 20 tahun berdasarkan situasi zaman sekarang. Ini bukan nasihat pelaburan untuk orang lain. Aku tak bertanggungjawab atas segala kerugian kalau kau ikut bulat-bulat nasihat ni. Dan kau kena ingat, matlamat kewangan kita tak sama, status kewangan kita tak sama, toleransi risiko kita tak sama.
Penafian #2, kebanyakan pautan dalam artikel ni ada “referral links”. Kalau kau daftar mana-mana servis dari “referral links” kita sama-sama untung.
Penafian #3, aku ada melabur atau mungkin akan melabur dalam aset-aset yang dinyatakan dalam artikel ni.
Okay, kita boleh mulakan.
Masa aku dapat kerja yang pertama, gaji aku adalah RM 1,200. Memang masa tu rasa macam banyak, sebab kawan-kawan masih belajar. Tapi aku dah ada pendapatan sendiri. Sayangnya aku tak pernah ambil tahu tentang pengurusan kewangan, jadi semua yang aku dapat habis aku belanja.
Sebagai anak Bumiputra, semua orang cakap duit simpan dalam ASB. Tapi kalau aku memang jenis yang tak pernah menyimpan duit, bagi aku ini bukanlah nasihat yang bernas. Sebab, dividen ASB setahun sekali. Lama sangat nak tunggu baru nampak hasil. Budak-budak darah muda mana ada masa nak tunggu setahun.
Jadi nasihat aku pada aku, lupakan dulu ASB. Kita cari pelaburan yang kita boleh nampak hasilnya dalam masa terdekat. Bila dah nampak hasil, barulah kita bersemangat nak tambah pelaburan.
Strategi Pelaburan
Mula-mula kita akan ambil 10% dari gaji untuk dilaburkan. RM 120 sebulan selama satu tahun, bila masuk tahun kedua, kita tambah lagi 5% dari jumlah pelaburan. RM 120 + 5% = RM 126. Tahun ketiga, tambah lagi 5% jadi RM 126 + 5% = RM 132.30. Jadi setiap tahun kita tambah 5%.
Kalau kita konsisten, selepas 20 tahun, dengan purata keuntungan 5% setiap tahun, kita akan ada dalam RM 75,000. Tak nampak banyak. Tapi itu bukan matlamat kita. Sekarang yang paling penting adalah untuk kita bina tabiat baru. Untuk bina tabiat baru, kita kena bagi mudah.
Gaji kita akan naik setiap tahun. Jumlah pelaburan kita pun akan naik. Gaji aku naik jadi RM 2,400 dalam masa kurang dari 2 tahun. Jadi aku boleh laburkan RM 240 sebulan. Kita dah boleh dapat RM 125,000 selepas 18 tahun. Terus dekat dua kali ganda jumlah pelaburan kita.
Jadi kalau bukan ASB, dekat mana patut aku buat pelaburan? Kita boleh mula dengan “roboadvisor” dulu.
Stashaway
Ada banyak “roboadvisor” sekarang, aku cadangkan Stashaway (boleh daftar di https://www.stashaway.my/referrals/mdan2vk). Kenapa Stashaway? Kenapa bukan yang lain? Tak ada sebab tertentu pun. Aku sekarang pakai Stashaway, itu saja.
Bila kita melabur dalam Stashaway, senang kita nak tengok kadar keuntungan (atau kerugian). Ingat, matlamat kita tadi ada untuk bina tabiat melabur. Mungkin keuntungan dia nampak sedikit, tapi itu bukan masalah. Asalkan kita ada nampak hasil dari pelaburan kita. Barulah kita bersemangat nak melabur secara konsisten.
Kita akan gunakan fungsi “recurring deposit” untuk memudahkan pelaburan kita. Kita tetapkan matlamat kita untuk dapat RM 1,000 dalam akaun Stashaway.
Tabung Kecemasan
Sekarang kita dah ada RM 1,000, kita boleh mulakan simpanan untuk tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini penting sebab kita tak tahu bila kita perlukan duit. Buat masa ini kita tetapkan jumlah tabung kecemasan adalah RM 1,200. Sama dengan gaji sebulan.
Untuk tabung kecemasan kita akan simpan dalam ASB. Sekarang dah senang, boleh buat di https://www.myasnb.com.my/. Kalau perlukan duit pun kita boleh keluarkan melalui myASNB.
Jadi buat masa sekarang, kita hentikan “recurring deposit” ke Stashaway dan simpan bulanan di ASB sampai cukup RM 1,200. Bila gaji dah naik ke RM 2,400, kita tambah lagi pelaburan ASB sampai RM 2,400.
Dan yang sebaiknya, kita ada 3 bulan gaji dalam ASB.
Duit Kecemasan
Kalau boleh, bila ada kecemasan, kita tak perlu keluarkan dari tabung kecemasan. Atau mungkin kecemasan berlaku di hujung minggu, kita tak dapat nak keluarkan dari ASB. Masa ini aku harap gaji kita dah cukup untuk memohon kad kredit. Kita boleh gunakan kad kredit jika berlaku kecemasan.
Tapi kalau kita perlukan wang tunai untuk kecemasan, jangan buat “cash advance”. Kita boleh mohon kad debit BigPay, topup BigPay pakai kad kredit dan keluarkan tunai dari BigPay. (Boleh daftar di http://bigpay.link/referrals?referralcode=WBYXMGJ9NA).
Bila dah boleh keluarkan tunai dari ASB, kita terus bayar balik kad kredit. Jangan tunggu.
Dollar Cost Averaging
Bila dah cukup tabung kecemasan, kita boleh mula mempelbagaikan portfolio pelaburan kita. Untuk ini kita kena faham konsep Dollar-Cost Averaging (“DCA”). Senang cerita dengan DCA kita melabur pada masa yang tetap tanpa mengira keadaan pasaran atau harga. Ini dapat mengurang impak ke atas pelaburan kita. Dan juga dapat memastikan tabiat melabur kita berterusan.
Pendek kata, jangan menggatal nak “time the market”, melabur secara konsisten untuk jangka panjang.
Luno
Kita mulakan dengan kripto. (boleh daftar di https://www.luno.com/invite/DXJHPF). Kita boleh ambil 10% dari jumlah pelaburan bulanan kita untuk kripto. Tak kisahlah orang percaya atau tidak, yang penting memang ada duit dalam kripto.
Kita guna DCA untuk labur secara konsisten setiap minggu kalau boleh, kalau tak boleh kita buat setiap bulan. Laburkan dalam BTC adalah wajib. Selebihnya boleh labur dalam ETH dan ADA. Tak perlu banyak-banyak, untuk jangka masa panjang kita “hodl” tiga kripto saja.
HelloGold
Kemudian kita boleh tambah komoditi emas dalam portfolio. Paling mudah kita pakai HelloGold (boleh daftar di https://referral.hellogold.com/?ref=ARZU95BT).
Emas tak payah nak cerita banyak, dari dulu lagi orang dah menyimpan emas. Untung atau rugi ikut masa bila kita beli dan jual. Jadi teruskan dengan DCA. Boleh simpan dalam 5% atau 10% sebulan.
moomoo
Ini cerita dia panjang sikit. moomoo memudahkan kita untuk melabur dalam pasaran US. Aku tak galakkan beli saham syarikat US dalam moomoo sebab mungkin duit kita tak cukup nak beli satu unit saham. Fokus moomoo adalah untuk melabur dalam Index Fund atau ETF. Dengan Indeks Fund kita tak perlu nak pilih mana-mana syarikat, sebaliknya kita dapat melabur dalam semua syarikat S&P 500 di US atau sebahagian kategori syarikat yang tersenarai dalam ETF.
Kita boleh mula dengan VOO untuk semua syarikat S&P 500, dan ARKK untuk syarikat dalam kategori teknologi.
Cuma untuk mendaftar moomoo ni leceh sikit. Kita kena ada bank akaun di Singapura (boleh daftar di https://j.moomoo.com/007mcM, moomoo selalu hadiahkan saham percuma, sekarang boleh dapat saham Apple). Tak susah cuma banyak kerja. Paling senang kita pakai CIMB FastSaver di Singapura. Pendaftaran secara online. Hanya perlu akaun CIMB di Malaysia. Untuk penghantaran duit ke akaun Singapura, kita boleh pakai Wise untuk mengurangkan yuran pemindahan (boleh daftar di https://wise.com/invite/u/arzumyb)
eToro
Sekarang kita mungkin dah ada pengalaman pelaburan. Kita boleh cuba untuk membeli saham syarikat US yang mungkin akan memberi keuntungan lebih. Aku hanya melabur dalam syarikat yang aku kenal dan aku guna servis mereka. Tapi kebanyakan saham mereka mahal. Jadi kita akan pakai eToro (boleh daftar di https://etoro.tw/3BJbwpF) sebab dengan eToro kita boleh membeli pecahan saham.
Contoh, saham Apple sekarang adalah RM 600, tapi kita hanya mampu melaburkan RM 200. Dengan eToro kita boleh beli 1/3 saham Apple pada harga RM 200. Dan kita akan beroleh keuntungan kalau harga saham Apple meningkat.
Penutup
Cukup sampai sini dulu. Kita kena ingat, tak kisahlah mana-mana aplikasi yang kita pakai, paling utama adalah untuk kita membina tabiat melabur. Kedua, fikir jangka masa panjang, emosi kita jangan terkesan dengan turun naik pasaran saham. 20 tahun rasa macam lama, tapi bila kita dah berumur 40 tahun nanti kita rasa sekejap saja dah 20 tahun.